Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Sunday, July 14, 2013

Tahniah kawan-kawan yang dapat Sambung Degree. (:

Hi there ! It's been awhile I don't open this blog and blogwalking to others blog. Ho Ho Ho. Hari ni terasa nak buat entri ni sebab seiringlah dengan hal ehwal semasa sekarang. Iaitu, kemasukan pelajar Ijazah baru. Haa, sorrylah kalau tajuk tu panjang berjela, sebab tak tau nak letak tajuk apa yang sesuai. Ehee~ Berkali-kali tukar. Sebelum tu nak ucapkan tahniah pada semua yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda atau Degree ☺ Sebelum proceed nak baca perenggan bawah, cakap Alhamdulillah dulu sebab diberikan rezeki untuk sambung belajar :D

Ehemm, nak cerita ni, tak kisahlah universiti mana pun korang dapat, tujuan universiti tu ditubuhkan adalah sebagai institusi pembelajaran, kan? Aku tahu ada sesetengah yang kuat luar sana tu sedih tak dapat universiti yang diidam-idamkan, tak dapat belajar kat universiti top di Malaysia. Hmm. -_- Jangan bersedih. Bagi aku semua tempat sama je. Tak perlu nak bersedih bagai. Maaf kalau terkasar kat sini. Kena bersyukur sangat-sangat sebab dapat sambung ijazah. Tak semua orang ditawarkan untuk sambung study. Cuba fikir, apa perasaan diaorang. Mesti sedihkan? Mungkin kita jeles, cemburu ada kawan kita dapat sambung Research University seperti UM, UKM, UTM, USM dan UPM. Rezeki dia, kita tumpang bahagia, apa salahnya kan? :) Rezeki kita pun jangan dilupakan. Asyik tengok rezeki orang je kan? Memanglah jadi cemburu. ☺ Pertama-tamanya, cakap Alhamdulillah dulu.

Jangan bila ada yang bertanya, "Dapat U mana?", korang jawab hambar semacam je -_- University is still university, right? A place for study and to find love. #ehhhhhh -_- Gurau. Ada kawan aku cakap, orang tak pandang universiti apa, orang pandang kos apa yang kau amek :) Ho Ho Ho. Maaf kalau kasar disini. Hmm, itu orang-orang macam kamilah. Ya, ada sesetengah golongan yang lebih dewasa dari kita, dia pandang kita dapat universiti apa. It's just their thought. Our future it's not in their hands right? Lagi satu, apa perasaan orang yang belajar kat universiti tu dengar jawapan hambar korang? Kecik hati tau. Hmm -_-

Akhir kata, apa-apa yang kita dapat sekarang ni, kita beryukur dengan ketentuan-Nya. Tak perlu bersedih, sebab ada lagi yang kurang bernasib baik dari kita. Kita cuba dulu apa yang kita dapat tu :) Mana tahu tu yang memang sesuai dengan korang, right ? :D

pssst : Dapat sambung mana? Hee, btw tahniah semua :D Assalamualaikum

Google




Thanks for dropping by :)

No comments :

Post a Comment

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.