Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Monday, July 1, 2013

Sedarkah kita?


Sumber : Facebook 

Jumpa ni dalam Facebook page Bercinta Selepas Nikah. Hurm, benda ni memang jadi pun kat luar sana. Aku sendiri pernah mengalami. -_- Maksudnya pernah nampak. Situasi di Terengganu. Tengah-tengah membeli barang harian aku, aku ternampak sekumpulan muslimah cantik berpurdah. Allah, cantik-cantik orangnya. Aku suka tengok orang berpurdah. Mungkin sebab aku rasa tenang je tengok diaorang. Hmm, mungkin hati aku tercuit sikit nak macam tu :D  Mana tahu kan? Jadi aku terus je perhati diaorang. Tak salahkan aku perempuan, tengok perempuan lama-lama?*Tak bernafsu pun* O.o Dalam dok aku perhati diaorang tu, aku tertenung mata diaorang, "Allah cantiknya mata, mesti mukanya pun cantikkan? Putihnya kulit... memang patut diaorang pakai purdah :) " Kata hati aku. Tenung lagi, ohh baru perasan, cantik sungguh perhiasan mata tu. -_- Ber 'eye liner', ber'contact lens' yang cantik warnanya, ala-ala warna hazel gitu. Hmm, aku ni jenis kalau perhati orang tak pandai nak cover. Maaflah -_-' Ha Ha Ha. Sedangkan aku yang perempuan ni pun tertarik dengan perhiasan, pemakaian mereka, apatah lagi lelaki? Hah. Kesian jugak kat lelaki-lelaki ni. Hmm.

Maaf jika ada yang terasa. Hm, ya aku tidak berpurdah, tidak bertudung labuh. Tapi berdasarkan pengetahuan aku dan ditambahkan lagi dengan hasil pembacaan blog member aku Nur Aqilah a.k.a Yufa Aqilah dan blog Niqabi Nuances; berpurdah ni pakaian isteri Nabi, Sunnah untuk dipakai. Niat kerana Allah bukan untuk berhias dan bukan juga kerana trend. Hormati mereka yang berpurdah. :) Manusia kan? Bila sorang yang buat kesalahan, habis orang yang sama macam orang tu, turut dipersalahkan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Akhir kata, tak semua orang di muka Bumi Allah ni sempurna, sama jugak macam aku :) Jadi kita kena saling mengingati. Kalau kita ni jenis keras hati, ramai kawan-kawan yang nasihatkan kita, tapi tak boleh nak terima jugak nasihat tu, cakap dengan kawan kita tu, " Kau jangan pernah jemu eh nasihatkan aku, aku ni kena nasihat berkali-kali T^T ". Lagi satu, banyakkan berselawat insyaAllah lembut hati kita tu. Kalau tak boleh jugak, pergi rebus hati tu kasi lembut. He He He. Gurau gurau. Ingat niat kena betul :) Moga Allah lindungi kita semua, moga Allah permudahkan urusan kita, insyaAllah. Assalamualaikum. Babai teman-teman ♥ ♥ ♥ ♥



Thanks for dropping by :)

2 comments :

  1. dia kena tajdid niat dia tu kalau nak berniqab.bukannya berniqab sebab nak tunjuk kat orang yang dia alim ke apa tapi kerana Allah,untuk mengelak fitnah.Niat yang penting....kalau dia buat macam tu,dia akan mengaibkan niqabis yang lain yang betul2 niat ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tuh kim :)
      thanks for your opinion.. semoga niat diaorang berniqab tu berubah krn Allah :D

      Delete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.