Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Saturday, May 4, 2013

Seminar 4S (saka, santau, sihir, susuk) - Tanda-tanda orang yang ada saka

Hi there ! Berjumpa lagi.. kekekeke.. Sebelum tu, Alhamdulillah pagi tadi aku dapat jawab test Kenegaraan Malaysia dengan jayanya -_- Dengan bahang PRU 13, aku gagah menjawab Kenegaraan Malaysia :P Dah-dah jangan percaya, dusta belaka.. Maaf XD

Alhamdulillah, aku merupakan insan terpilih oleh Allah SWT supaya aku pergi Seminar 4S ni. Walaupun aku tak sempat daftar awal-awal, aku ngan roommate, try usha-usha Auditorium Muhyiddin FPE ni, manalah tahu, dapat masuk walaupun tak berdaftar. And at last, we finally made it :) HE HE HE, walaupun masuk auditorium tu time, tengah-tengah Ustaz tu bagi ceramah.

Credit to: Facebook Pusat Islam UMT


Okeylah, back to the topic. Seriously, program ni sangat best. Banyak benda kot aku belajar :) Bukan belajar terima saka~ NO NO NO. Aku belajar macammana nak elak saka, sihir, santau semua tu. Haaa~ ini bagus untuk masa depan korang. Bak kata Ustaz Sharhan Shafie [korang mesti kenalkan?], mana tahu korang posting jejauh, terutamaya bakal pendidik anak bangsa Negara kita ni posting jadi warden asrama kan? Haaaaaa... Maka ilmu yang aku dan member-member aku dapat ni, sangat berguna untuk masa akan datang. *Quit babbling, sherah -_-*

Ustaz Sharhan Shafie, merupakan pengamal perubatan Islam dan juga merupakan selebriti TV, dalam Tanyalah Ustaz hanya di TV9, Dekat Dihati *okeyy tak*. Sangat best time dia bagi ceramah ! Tak mengantuk pun... Okeylah, tak nak cerita panjang, korang nak tau apa perisian yang aku dapat? Jom jom ! Jangan malu jangan segan baca entri aku yang meletop pop pop ni.. HA HA HA  -___-

TANDA-TANDA ORANG YANG ADA SAKA :
  1. Sentiasa mengantuk sewaktu majlis Ilmu.
  2. Berdebar tanpa sebab.
  3. Sering sakit atas belakang.
  4. Lenguh-lenguh sendi utama.
  5. Suka memperbesarkan hal-hal kecil (Marah tanpa sebab).
  6. Period tidak menentu/Istihadah (bagi yang perempuan).
  7. Ada penyakit yang tidak boleh diubati di hospital (perubatan moden).
  8. Sering pening / migrain / sakit kepala yang teramat sangat.
  9. Sewaktu bangun tidur, ada kesan cakar pada tubuh.
  10. Sewaktu bangun tidur, ada kesan lebam pada tubuh.
  11. Seorang bayi yang selalu menangis, dalam masa 40 hari waktu kelahiran.
  12. Badan akan menggeletar, sekiranya mendengar azan.
  13. Bulu roma meremang.
  14. Sentiasa nampak kelibat.
  15. Dengar bunyi macam orang duk kacau (bunyi bising).
  16. Suka berseorangan.
Haa, itu input pertama yang aku dapat. Ustaz cakap, contoh bagi suami isteri yang ada lebam kat leher tu, bukanlah tanda-tanda seperti dalam nombor 10 tu. ekekekeke XD... Lagi satu, kalau adalah beberapa tanda yang korang alami, cepat-cepatlah pergi berubat secara Islam :) Semoga Allah SWT melindungi kita, insyaAllah.

Setakat ni sahaja entri untuk kali ni :) Nanti aku sambung lagi perisian yang lain yang aku dapat time seminar ni. Korang tunggulah ye untuk entri seterusnya? :) Till then~ babai..



Thanks for dropping by :)

2 comments :

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.