Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Sunday, May 12, 2013

Apa itu KAWAN bagimu wahai Teman?

Hi there ! Before that, thanks to visit my blog and read my entry :D

Jika kau rasa kawan itu penting bagimu, selepas keluargamu,
maka carilah kawan sebanyak mungkin.
Tetapi jika kau rasa kawan itu tidak penting dalam hidupmu, cuba kau fikirkan semula.
Bagi aku, kawan itu penting bila berjauhan dengan keluarga.
Suka duka, di perantauan, dapat dikongsikan bersama mereka. 
Andai kau fikir bahawa sahabat yang ramai itu pembawa masalah, mungkin dirimu yang mempunyai masalah.

Sedangkan Nabi kita bersahabat dengan ramai orang di sekeliling Baginda,
mengapa kita tidak? Tidakkah kau mahu menjadi seperti Baginda?
Yang mempunyai ramai sahabat dan kenalan di sekeliling Baginda?
Jika persoalan itu ditujukan kepada aku, sudah semestinya aku mahu.
Dalam persahabatan itu ada pahit manisnya,
bohong sekali jika tiada klimaks dalamnya. Kerana, itulah yang menjadi bunga antara persahabatan kita.

Google


Sedarlah, kita tidak akan boleh hidup bersendirian jika tiadanya sahabat, kawan, teman.
Mungkin kita ada keluarga, tetapi, tidakkah kau fikirkan, setiap masa keluargamu mendoakan agar kau selalu ditemani dengan kawan-kawan di sekelilingmu?
Keluargamu mungkin tidak dapat membantumu, dikala kau berjauhan dari mereka.
Oleh itu, bagi mereka, manusia yang bergelar sahabat, kawan, dan teman inilah yang mereka harapkan agar dapat menjaga anak-anak mereka di perantauan.

Pendapat aku, biarlah kita berkawan dengan beribu orang, daripada duduk seorang.
Kau rasa kau berjaya duduk dalam bulatan kau sendiri?
Itu yang aku rasa. Aku sendiri tidak boleh hidup dalam dunia aku.
Kadangkala, dalam persahabatan mungkin ada salah faham,
itulah norma kehidupan dalam persahabatan.

Google


Tetapi, janganlah sesekali kau putuskan persahabatanmu, dek salah silap yang sekecil kuman tu.
Berdosa. Mungkin aku bukan Tuhan yang menentukan dosa pahala halal haram sah tak sah, tapi aku tahu bahawa Allah tak suka bila hambaNya memutuskan tali persaudaraan mereka.
Mungkin aku jahat, atau hina di mata manusia, tapi aku adalah hamba Allah juga.
Atas kehendak kau, sama ada mahu terima apa yang aku taipkan di entri yang mungkin akan membuat kau terharu, terasa atau 'ter' yang sekutu darinya. Andai aku membuatkan hatimu terguris, aku memohon ribuan kemaafan, sesungguhnya kau jua adalah sahabatku di alam maya. :)

Google


Buat kawan-kawan SKPS, SABGS, KMJ dan UMT: I may remember your name for a day, but to know you more than just your name,
it's take long time, yet maybe till the end of my life :)
But, each time I have hurt you guys, please forgive me, because
I'm not a perfect girl though. I love you guys :) Mmuuahhxxx ♥♥♥♥





Thanks for dropping by :)

3 comments :

  1. aq kawan yang pemaaf.. dun worry... even do aku dendam .. kekadang dendam aku hanya untuk menguatkan aku untuk maju ke depan... so... don worry frenz xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. fakhri puji dirinya sendiri :P ekekekekeke

      Delete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.