Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Wednesday, February 6, 2013

Tuberculosis (TIBI)



Korang tau tak apaa tu tuberculosis? Lebih senang dipanggil sebagai TIBI ? Bahasa mudah dia adalah batuk kering. Haaa~ Dah tahu kan apa tu? Sejeniss penyakit yang boleh bawa maut kalau tak diberi rawatan segera. Sebenarnya, aku pernah menghidap penyakit ni masa form 5. Aku sendiri tak perasan aku ada penyakit tu. Hurmm~~ Punca penyakit ni adalah disebabkan dari pendatang asing yang masuk Malaysia ni.



Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.
Menurut Dr. Hairulfaizi, tibi sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut.
“Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan kepada pekerja asing ini agar mereka tidak membawa sekali kuman yang mudah berjangkit ini. Bagaimanapun, langkah ini masih belum boleh diimplementasi sepenuhnya atas beberapa sebab, antaranya kemasukan pendatang tanpa izin,” kata beliau.
Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.
Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.
Selain itu kata beliau, negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.

-Sumber artikel : http://albayuni.wordpress.com/2010/03/20/bahaya-penyakit-tuberculosis-tibi/ 



Macam mana aku dapat penyakit ni? Hurmm.. Tersebutlah al-kisah. Seingat aku masa aku form 5 waktu bulan puasa. Lepas je buka puasa, macam biasa semua budak hostel nak pergi surau solat Maghrib berjemaah. Lepas aku ambil wudhu', aku terasa sakit tekak ni hah, pastu aku batuk-batuk then kahak aku tu warna merah, instead of warna kahak yang biasa. Kawan aku nampak, apa lagi, dia terus bawak aku jumpa warden lepas solat Maghrib tu. Warden aku cek suhu badan semua tu, then dia cakap, "tekak sakit eh?". Aku pun jawablah ya. "Mungkin sebab cuaca panas kot, lepastu bulan puasa, tekak awak terluka sebab kering. Nanti pergi dewan makan, minta makcik dewan makan bancuhkan air asam jawa. Kalau berdarah lagi, jumpa saya, kita pergi klinik ok?". Bila dengar je kena minum air asam jawa, mak aihhh -___-" Masa minum tu, hanya Tuhan je la yang tahu T-T Waktu tunggu solat Isya' pulak, tekak ni sakit lagi. Lepastu, kawan aku, bawak aku pergi jumpa warden lagi. -___-" Masa tu, rasa terharulah jugak, kawan aku ambil berat pasal aku.. sobsobsob~ Warden aku pun bawak aku pergi klinik. Cek punya cek, siap x-ray bagai. Aku takde pape. Alhamdulillah. Doktor kata tekak aku ni luka. Sebab kepanasan. Dia bagi aku ubat batuk je, untuk kurangkan batuk aku. Dia tak bagi aku minum air sejuk. Boleh minum air masak je. Dah time buka puasa je, aku kempunan air sejuk yang dihidangkan -____-"


Bila masanya aku dapat tahu aku menghidap penyakit ni?? -__- Lepas raya sebenarnya aku dapat tahu aku ada penyakit ni. Masa tu jamuan Kelab Dikir Barat, dekat Man Mini Cafe. Air yang dia bagi kat situ, ice lemon tea yang pure lemon perahan punya :O Aku tak minat sangat air masam-masam ni takut tekak aku ni menggedik luka lagi. Tapi disebabkan takde pilihan, aku minum je air tu. HA HA HA.. Masa tu, cikgu penasihat sampaikan hadiah untuk pelajar Form 5. Tiba giliran aku, aku rasa sesak nafas kejap, pastu batuk tak sudah-sudah. Aku tekup mulut pakai tisu. Nak sambung makan ni, aku tertengok dekat tisu aku tu, "Aikk, ni tisu baru je aku pakai, apesal kotor sangat? Macam sambal tumpah pulak". Kebetulan makanan yang dia hidangkan ada sambal keropok tu, tu aku tak amek kisah sangat. Aku batuk lagi, tekup mulut dengan tisu, benda yang sama jadi lagi. So, aku tanya Nazurah yang kebetulan duduk sebelah aku, "Weh, ni apa? Bintik-bintik ja.. Aku ingat sambal aku makan tadilah..". Dia ambil tisu tu, cari permukaan yang bersih putih, dia suruh aku batuk lagi. Dahlah masa batuk tu, terseksa je rasa -_- Aku pun ikut je lah, apa yang dia suruh. Benda yang sama jadi. Dia tengok mulut aku, lidah lelangit, penuh dengan darah rupanya. :O Masa tu memang aku terkejut! Aku pergilah sinki nak basuh mulut aku, tiba-tiba batuk ni makin menjadi-menjadi pulak. Masa tu, habis keluar kahak aku yang berdarah, dengan darah yang banyak -_- Sakit sangat. Lama aku dekat sinki tu. Kawan aku yang lain, pergi jumpa cikgu, bagitahu apa yang terjadi. Kalau tadah darah yang terkeluar tu, boleh dapat 5 gelas. *maaf ye kalian, kalau statement ini menggelikan* Aku dah tak boleh tahan dah masa tu, aku batuk je keluar darah. Bila tak batuk, tekak ni rasa gatal mak aihh.. Mula-mula aku ingat tekak aku luka besar punya. Tak anggap pun tu TIBI. Yelah, aku baru lepas minum ice lemon tea yang pure buah lemon diperah -____-" Dah nangis-nangis dah pun masa tu :P Lepastu, cikgu Hal Ehwal Murid kitaorang, bagi pinjam handphone dia, suruh telefon ayah aku. Aku pun telefon laa. Hurmm. Masa tu, ayah tidur. Dia jawab jugak aku call tu, lepas tu, ayah aku tanya, "Nak abah datang malam ni ke?" Aku cakap takpe, datang esok je :) Lepas jamuan tu, baliklah hostel. Keluar je dari van, aku berlari macam apa, cari toilet. Tekak aku meragam lagi. Aku batuk-batuk lagi dan keluar darah. Tapi tak banyak macam sebelumnya. Malam tu jugak, warden bawak aku pergi hospital. Lama nak tunggu giliran. Sakit sangat tekak -__- Bila dah tiba giliran aku, doktor tu tanya-tanya, soal-soal. Warden aku tolong jawabkan. HE HE HE.. Warden aku cakaplah takut aku kena TIBI. Sebab sebelum ni ayah aku pernah kena, masa aku darjah 4 ke 5 gitu. Pastu, doktor tu buat konklusi, yang ayah aku dah sihat sepenuhnya,sebab dah bertahun dah ayah aku kena. So, tak mungkin aku kena penyakit tu. Aku pun senyum je la. Tapi dia still suruh aku pergi x-ray lagi -___-". Dia mintak nombor warden aku, untuk report apa-apa lepas dia kaji x-ray aku tu. Then, dia bagi ubat dengan mask :O

Keesokan harinya, aku 24 jam pakai mask tu je. -_- Tapi kekadang tu bukaklah jugak, rimas~ Batuk tu datang lagi, kali ni memang melampau. Sakit sampai ke pinggang -__- Aku berlari nak ke toilet, adalah jugak junior-junior aku pandang pelik kat aku -_- Aku dah tak tahan masa tu. Nangis lagi T-T Tiba-tiba member aku cakap warden nak jumpa. Berdebau jantung aku. Tengok-tengok, doktor yang semalam pun ada ! Rupanya aku disahkan menghidap penyakit Tuberculosis tu :( Aku kena masuk wad petang tu jugak. Nak menangis je rasa. Mana pernah masuk wad. Blergghhh~ Bila dah masuk wad,aku rasa adalah dalam 3 kali x-ray. -__-" Makan ubat aku tak kisah sangat. Alhamdulillah seminggu je duduk wad. Tapi, seminggu tu jugak, sekolah ada buat pre-test untuk pelajar SPM :P  Bosan sangat. -_- Mak aku datang melawat tiap kali lepas kerja :D Adik-adik aku datang melawat buat bising -___-" Normal lah tu.


Jom berkenal-kenalan dengan penyakit ni :D


Tanda-tanda menghidap penyakit TIBI :


  1. Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
  2. Kahak berdarah
  3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  4. Hilang selera makan
  5. Susut berat badan
  6. Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
  7. Mudah Ietih.
Tanda-tanda yang aku alami, no 1, 2 , 5. Tak semestinya kalau sakit, kena ada semua tanda-tanda ni :P Tapi masa aku kena penyakit ni, kawan aku sendiri cakap aku ni kurus, berat tak naik-naik. Makanlah banyak mana pun, berat maintain 39-40 kg je time tu. Alhamdulillah, lepas baik je dari penyakit ni, makan je berat badan bertambah. Mak pun cakap aku mengembang.. Harharhar.. Berat sekarang pun dah 50kg :P Syukur~


Rawatan penyakit TIBI :

1. Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
  • 2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
  • 4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu
Tapi kalau korang skip ubat, doktor boleh tahu tau. Sebab dia ada buku untuk ditandatangani. Yang akan bagi ubat tu, orang hospital jugak. So, dia akan tandatangan kalau kita makan. Memang leceh sikit, sebab kena datang hospital hari-hari sebab nak makan ubat. Aku pernah skip ubat, dan effect dia memag senang nak kesan. Habis nurse bahagian klinik dada tu dok membebel kat aku. Makan ubat ni pun kena on time. Kalau korang makan 8.00 pagi, kena tunggu dalam brapa jam ntah aku tak ingat, makan lagi ubat tu. Nak sihat cepat, jangan skip ubat. Padah nanti. Aku skip makan, lepastu doktor tu extend aku punya jangkamasa untuk makan ubat tu lagi.. -__-" A lesson for me.


Bagaimana penyakit TIBI merebak?
  1. kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
  2. Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
  3. Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.

Hurmm.. Kuman dia boleh duduk kat mana-mana organ dalam badan. Kalau aku, dia duduk dekat paru-paru. Ada yang merebak sampai ke tulang, buah pinggang, otak, kulit, kalenjar dan sebagainya. More info, sila klik link dibawah :

http://ikutdanaku.blogspot.com/2010/12/punca-rawatan-dan-pencegahan-penyakit.html

Okey :) That's all that I want to share.. Thanks for reading. Jagalah kesihatan yaa.. :) Adios amigos~




Thanks for dropping by :)

4 comments :

  1. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.

    ReplyDelete
  2. cerita awak sama mcm saya ...sekarang saya tgh form 5 n sekarang jugak tgh bulan puasa ...saya dh batuk lebih dari 2 minggu ..semalam saya baru kene ambik x-ray n kene ambik darah sbb diorg suspek saya kene tibi ...n keputusan die masih dlm proses ...yaallah mintak simpang la kene tibi ....simptom2 tu saya dh ade cuma tk batuk berdarah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah takde pape. doa bebanyak. tibi boleh baik, kalau awak betul2 ikut procedure ubat dia. pemakanan ubat dia sangat strict.. saya ingat lagi, ada satu buku yang akan dicatat samada parents or pegawai perubatan yg menandakan kita dh makan ubat pd hari tu di sekian2 hari pukul berapa.

      Delete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.