Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Thursday, January 24, 2013

Aku•Perubahan


Hi there! HU HU HU :) Mekaseh sudi singgah sini. Aku•Perubahan? Hurm.. Nothing to say much. Apa yang aku nak taip ni, berkaitan dengan sekeliling aku. Mungkin ada sikit kisah aku. Mungkinlah~

Bila tengok orang sekeliling, kawan, sahabat, family, saudara dan seangkatan dengannya, even artis sekarang pun, ramai yang berubah kepada yang baik, bukan yang jahat. Aku turut bahagia tengok mereka-mereka,tapi aku, bila nak berubah? Hurm.. That's the point. Benda ni kadang-kadang dok pusing-pusing dalam kepala ni hah. Should I or should not? Aku hanyalah manusia biasa. Nak kata alim, tak jugak, nak kata jahat Nauzubillah, pun tak. Tangan aku ni tergerak nak buat entri macam ni, lepas aku tengok seorang member sekolah aku dulu. Aku ternampak dia dalam Facebook, dan Twitter. Aku kenal dia, tapi takde lah rapat mana. Subhanallah, dia dah berubah, dan aku tertarik untuk stalk dia.. HE HE HE :P I do know her, how she in school, and now, she have changed the better way. And then I thought, when will be my turn? :(


Aku puas pikir tadi, nak berubah tu tak boleh terlalu drastik sangat. Nak berubah tu kena mula dengan kukuhkan yang wajib dulu, seperti solat fardhu. Pernah aku terbaca status member kat Facebook, 


nak berubah kena mulakan dengan solat. Bukan setakat khusyukkan diri dalam solat, tapi mulakanlah dengan mengambil wudhu' dengan cara yang sebetul-betulnya, bacaan yang betul, melakukan rukun solat secara tertib, dengan cara tu, baru boleh khusyuk dalam solat.

Yup, seingat aku macam tu lah ayat dia :) Sebab solat tu tiang agama. Dari kecik sampai ke besau panjang ni, aku banyak kali dengar ayat ni. So, the next point is our Aurah. Bagi pendapat akulah, nak berubah, tak semestinya bertudung labuh. Allah mewajibkan kita menutup aurat, bukan? So, cara pemakaian tu tak jadi masalah untuk kita asalkan aurat tu tertutup. No offense. Aku cakap berdasarkan pendapat aku je. Maaf yee. Aku hanyalah insan biasa, masih lagi alpa. *cett, ayat skema gile* Aku sendiri jenis yang biasa-biasa je. :)


Selain tu, time tengah blogwalk tadi, ada satu entri blogger mengenai Arwah Yasmin Hunwick. So, aku ada tergerak hati nak tahu lebih detail lagi pasal ni, sebab sebelum ni, aku just tahu sekadar tahu je. Bila baca blog dia, sayu je rasa. Hurm, even aku tak kenal dia. Seakan-akan dia dah tahu ajal dia. Benda ni buat aku berfikir lagi banyak dan lebih mendalam. What if I will end up my life by accident? Pada masa tu, tak sempat nak minta maaf kat parents or sesiapa je? Haishh, risau bila difikirkan. Minta dijauhkan. Aku teringat kat Nazurah, dia pun baru je lepas eksiden teruk. Kereta dia habis remuk, tapi Alhamdulillah, dia selamat :') Lepas tu, ada jugak aku terbaca pasal ex-student KMM 2011/2012, meninggal sebab eksiden. Ya Allah, serius berderau darah aku bila baca. Takut sangatkan? Dapat pahala jika kita fikirkan mengenai mati tau, ustazah aku yang cakap. Mati itu pasti. Tak boleh nak elak, setiap yang benyawa di muka Bumi ini, pasti akan mati.

*Nak berubah tak perlu cakap. -_- (aku punya entri bukannya untuk aku cakap aku nak berubah, sekian) Aku cuma memberi pandangan. Itu je lah kot. Sesungguhnya, aku takut kalau kita tak sempat bertaubat. Banyak dosa yang aku dah buat. Tapi tak pernah sedar. *terukk* Jadi, mulakanlah dengan mungukuhkan solat kita :) InsyaAllah..


That's all. Terima kasih daun keladi, lain kali singgahlah lagi. Adios amigos~



Thanks for dropping by :)

No comments :

Post a Comment

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.